Wednesday, April 25, 2012

hadith 1 imam nawawi


Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

 jika berubah kerana wanita..kau mmg akan berubah..tapi setelah kau dpt wanita itu..kau mmg berubah..tapi setakat itu sahaja..tidak salah..tetapi jika kau berubah untuk mencari redha-Nya..setelah kau dapat wanita itu..kau tidak akan berhenti..kau akan terus dan terus menambah baik dirimu untuk mencari redhanya..

samalah jika kau niat untuk lulus..kau akan lulus..jika niat ingin berjaya..kau akan lulus kau juga akan berjaya..tapi jika niat lulus ..kau lulus belum tentu berjaya..amin

Sunday, April 8, 2012

esok balik Malaysia

yeayyyyyyyy...gembira dan sedih bercampur baur...ya Allah kuatkanlah hati hati ini