Tuesday, February 14, 2012

aku dan dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

hari ni aku nak ckp pasal syahadah..kita dilahirkan dalam keluarga islam amat beruntung...kerana kita dr kecik lagi dah islam..kita tak perlu mengucapkan syahadah..alhamdulillah..hari hari kita baca syahadah dlm solat...tetapi apakah kita paham ape sebenarnya syahdah..cuba kalian baca syahadah....aku bersaksi bahawa tiada tuhan disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi muhammad itu pesuruh Allah...bilakah kita menyaksi kan nabi muhammad sedangkan kita sendiri tidak pernah berjumpa dgn nabi..bila kita menyaksikan Nabi muhammad itu diangkat menjadi pesuruh Allah..jadi bagaimana dgn syahadah kita..bagiamana yang dikatakan aku naik saksi...kita bersaksi dgn hati kita dgn lidah hati dgn rasa dgn terciptanya kita..kita baca syahadah hari hari dlm tahiyyat...

syahadah adalah janji yang kita ikat dgn Allah SWT..bila kita dah baca syahadah..Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.

AL-FATH:10 "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar".

sesungguhnya aku repect kepada org yang boleh meninggalkan keduniaan..kalau abdul rahman bin auf..bila mendengar saidatina Aisyah R.A. berkata abdul rahaman bin auf akan masuk syurga dgn merangkak..lantas di sedekahkan olehya 700 ekor unta untuk digunakan di jalan islam kerana beliau tidak mahu massuk syurga dlm keadaan merangkak..beliau mahu terus masuk ke syurga..ini sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga oleh Allah...bagaiamana kita....merangkak pun belum tentu mampu...adakah kita cukup dgn berkata takpelah masuk neraka dulu baru masuk syurga...mmg kalo kita mati dlm islam...insyaAllah kita akan masuk syurga..wpun akan di seksa kerana dosa yang kita buat...tapi mampukah kita menahan seksa api neraka yang panas itu....satu hari di akhirat tidak sama dgn satu hari di dunia..meninggalkan solat subuh saja kita dah di seksa dgn beribu tahun..tak kira pulak dosa dosa lain...


duniawi..ini lah benda paling berat sekali kita nak tinggalkan...aku sendiri pun masih terikat dgn duniawi...teringat satu hari makcik dtg mintak sedekah dgn aku...aku bukak wallet nak bagi sebab aku ingat ade 10 rupee dlm wallet rupenye tertinggal atas meja..dlm poket hanya ada 500 rupee..aku pun berpaling kat makcik tu tunjuk sign takde duit...alangkah sedihnya aku waktu itu...aku sedih kerana aku masih terikat dgn duniawi..x sanggup lepas 500 rupee...sedangkan para shabat sanggup derma 500 rupee...org yang tidak terikat dgn duniawi akan sedekah ape saje benda di tgn dia..akan sedekah benda yang paling dia syg...nampak gaya aku masih belum cukup mencintai akhirat...

hari hari kita baca doa iftitah..aku sendiri dulu dulu aku tak tau pun maksd doa iftitah..tidak pernah terlintas untuk mendalami maksud doa iftitah..alhamdulillah lepas tgk satu video ..aku pegi tgk isi kandungan doa iftitah..salah satu ayat dlm nya

اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam

sedih aku melihat ayat ini..rupa rupanya hari hari aku ucapkan solatku ibadah ku hidupku dan matiku hanya kerana Allah...hari hari aku kata hidupku kerana Allah...tapi masih lagi mementingkan dunia..bagi org yang benar benar maksudkan kalimah ini mana mngkin dia akan ingat duniawi..kerana hidupnya hanya kerana Allah..dunia ini sementara...cuba skrg ada org mintak duit korang semua untuk ke jalan allah...korang takkan bagi semua confirm..paling paling 0.005 % derma lah 10 rupee ke sepuluh ringgit cukuplah...aku dah buat baik...aku pun akan buat benda yang sama..bukan kemungkinan besar..mmg aku pun akan buat benda yang sama...sebab ape..ya..kita masih pentingkan duniawi...huh..

tidak aku katakan jgn ingat dunia langsung..sebaliknya jadikan ia jambatan untuk akhirat...tu je la kot..semoga aku dan sesiapa saje yang bace blog ni..ingat ...ingat apa yg kita cakap dlm doa iftitah hari hari..ingatlah hidup kita ni kerana Allah...

Yang baik itu dari Allah...yang buruk itu juga dtg dr Allah..tetapi atas kelemahan tulisan aku sendiri..wallahualam

Wednesday, February 8, 2012

abah dan mak

بسم الله الرحمن الرحيم

hari ni aku nak ckp pasal kisah semalam...hari isnin malam...mendengar kisah seorang sahabat pasal ibu bapa sgt menyentuh hati...alangkah indahnya nikmat masih di berikan ibu bapa..tapi ada antara kita yg bergaduh dgn ibu bapa.mmg kadang kadang aku terasa dgn ibu bapa aku,huhu..tapi bila fikir balik...apelah sgt terasa dgn ape yg diorang telah berikan selama ni..suatu hari nanti aku akan jadi seperti mereka dan ada anak anak...

cume aku nak comment video ustaz don, mungkin ramai dah tgk dah dengar, semua apa yang di ckp betol, aku x pernah terfikir sapa yg nak mandikan ibu bapak aku sekiranya diorang dah tiada..jujurnya kalo ilmu yg ade skrg..mmg x mampu nak selesaikan jenazah..alhamdulillah.lepas dgr video..terdetik rasa hati nak mendalami fardhu kifayah ini..fardhu kifayah..asal org lain dlm kmpung ada yg tau buat maka..lepas lah dosa satu kawasan tersebut..tapi ini bukan pasal fardhu kifayah...ini pasal mak bapak..takkan nak bagi org lain imamkan ibu bapak kita..ikut aku..aku tahu solat jenazah itu bagaimana ..allahumma fighlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu...tapi berapa ramai org tau maksud nya..buat apa doa kan jenazah kalau tak tau apa yg kita doakan..ini mak bapak kita ..ini keluarga kita..nak harap pak imam mmg pak imam baca..tapi x sama dgn kalo kita yg mengimami jenazah..kalo anak sendiri mintak kat allah...ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapak aku dgn tangis..insyaAllah keikhlasan itu ..dgn ar rahimnya Allah akan ampunkan dosa kedua ibu bapa..segala amal ibu bapak kita dah putus melainkan doa anak anak yang soleh...

sama sama lah kita kuat kan balik basic kita..solat jenzah..kalo buat pafa masa pmr setakat nak lulus..insyaAllah kita buat skrg kerana kewajipan kita sebagai seorang anak..

'Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapaku dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku ketika masih kecil'

Sunday, February 5, 2012

hepi bday ya rasulullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

+++++++++++

Aku sering berkata ..andainya aku hidup di zaman rasulullah, mungkin aku lebih baik dr skrg...tapi apa jaminan aku baik pada masa tersebut...mungkin juga aku antara salah seorang quraisy yg menghalang perjuangan baginda...kata HAMKA..yang ada ini sudah harapan kita...tak perlu balik ke masa lampau untuk menjadi lebih baik..setiap mlm aku ingin sekali bermimpi berjumpa baginda..tapi...bagaimana mungkin..aku bukan golongan yang di rindui oleh Rasulullah S.A.W..tetapi aku tetap berdoa..semoga di beri peluang berjumpa dgn baginda..iman Harun Din yang tinggi ilmu agamanya pun hanya mampu menjaga kasut baginda..inikan pula aku..mungkin untuk melihat beliau dr jauh pun belum tentu dpt..semoga Allah meningkatkan iman ku..

beberapa kali beliau bermimpi namun tidak dpt melihat wajah nabi Allah dan akhirnya Allah memperkenan doa beliau dan berjumpa baginda

"tidak terperi indahnya pengalaman melihat insan sesempurna-sempurna manusia,pakaian tidak cantik tidak apa tapi menarik, mukanya amat-amat menarik, wanginya" Ustaz Harun Din

sesape yg bace..selawatlah..semoga kita termasuk dlm golongan yang mencintai Rasulullah S.A.W