Monday, January 30, 2012

hidayah

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita sering mengatakan hidayah itu sememangnya dari Allah, Dialah yang memilih siapa yang Dia kehendaki untuk diberikan hidayah. Tetapi hidayah itu perlu dicari.hidayah itu bermaksud petunjuk. Hari hari kita mintak petunjuk dgn membaca al fatihah. Tapi adakah kita betul betul mintak waktu kita baca. Hidayah itu ada byk jenis, hidayah ilhami, hawasi, din, aqli dan taufiq..korang carilah sendiri..aku sebut je jenis dia.

sering kali kita dengar contohnya

"Aku nak jadi baik!". Tiba-tiba mulutnya memaculkan kata - kata itu. Hatiku tersentuh. Alhamdulillah bagus la tu. Mari kita sama-sama jadi baik. Tetapi baik yang macam mana kah?..

"Err, ala, hidayah tak sampai lagi kat aku. Macam mana aku nak berubah!". "Hidayah tak sampai?..Hmm. Kau tahu tak apa yang patut kita buat, dan apa yang tak patut kita buat". "Ye ye. Aku tahu. Tapi kadang - kadang tue, aku malas lah nak buat dan ikut".

Ya. Hidayah itu memang milik Allah. Beruntunglah bagi sesiapa yang Allah kurniakan hidayah yang tidak putus - putus. Sentiasa berlumba untuk lakukan kebaikan. Tapi macam mana dengan orang yang masih kurang dengan kesedaran itu?! Hidayah itu berada dekat dengan diri manusia, amat dekat tetapi tidak diendahkan. Hidayah itu yang berbisik di hatinya, suara hati yang suci. Bukankah Allah sentiasa berada dekat dengan hamba-Nya.

Apabila berbuat jahat dan mengaku belum mendapat hidayah Allah. Padahal dia menutup mata dan hatinya ketika hidayah Allah itu datang.

Hidayah perlu dicari, dipelajari dan dibuktikan dengan amalan. Hidayah bukan sekadar ilmu tanpa direalisasikan, bukan angan-angan. Untuk itu orang beriman perlu menghadirkan hatinya sentiasa bersedia menerima hidayah Allah.

Tapi, kadang kadang kita di berikan hidayah Allah selepas sesuatu peristiwa..kita solat dengan kusyu' kita menangis..tetapi tidak lama...hilang..solat tidak lagi kusyu'..tidak ada rasa kita solat...solat itu hanya sekadar kewajipan semata mata..tidak lagi kerana ingin menghadap pencipta...tiada lagi tangis terkenangkan dosa..doa hanya sekadar doa..tiada inti...hidayah tidak akan kekal kalau kita tak mengekalkannya..

Kita sebenarnya berupaya; kita punya ilmu dan kita punya hidayah. Cuma, yang menghalang adalah sikap dan hawa nafsu kita.
Semoga Allah sentiasa mengingatkan aku dan memberikan aku hidayah yang berterusan :(

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

Translation:
'Abdullah bin Mas'ud (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (saws) used to supplicate: "Allahumma inni as'alukal-huda, wat-tuqa, wal-'afafa, wal-ghina (O Allah! I beseech You for guidance, piety, chastity and contentment)." [Muslim].


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
(QS. Al-Fatihah [1]: 6)

Amin.

1.15 pagi Waktu Bangalore

No comments:

Post a Comment